- Jangan memberi bayi anda makan secara berlebihan.
- Jangan memaksa bayi anda makan makanan yang tidak disukainya. Hormati kesukaannya dan elakkan menggunakan kuasa anda sebagai ibu bapa untuk memaksanya.
- Beri anak makanan yang seimbang daripada kelas protin, karbohidrat, buah-buahan dan sayur-sayuran.
- Elakkan penggunaan gula dan garam sebelum umur setahun, dan selepas umur itu gunakan dengan kadar yang sederhana.
- Elakkan makanan ringan selama yang boleh.
- Jangan jadikan makanan sebagai hadiah. Sebaliknya lebihkan pelukan, ciuman dan perhatian terhadap kebaikan yang anak anda lakukan.
- Beri anak anda makan di highchair atau di meja makan. Elakkan makan di hadapan televisyen atau sambil berjalan.
- Contoh melalui teladan. Anda sebagai ibu bapa perlulah mengamalkan pemakanan yang sihat supaya anak anda mencontohi anda kerana anak kecil mudah mengikut kelakuan orang dewasa.
Friday, January 30, 2009
Tabiat Makan Sihat Bermula daripada Bayi
Bina tabiat makan yang sihat bermula daripada anak anda masih bayi lagi...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment